Wednesday, 21 October 2015

Toner

Petik dari en google




Imbang pH Kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.


Mengecilkan Liang-liang Pori

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

Membentuk Lapisan Pelindung Kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip


Memberi Kelembapan Kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.




Jika ditanya tentang cara pemakaian toner yang betul, cara yang terbaik ialah tuangkan dua titis toner di kapas wajah anda dan dab-dabkan di muka. Jangan pula disapu macam pakai krim pulak kerana boleh risikokan jerawat pulak mendatang. Kemudian, sebelum nak pakai apa-apa krim muka hendaklah tunggu sehingga toner yang dipakai tadi benar-benar meresap dalam kulit barulah boleh pakai pelembap.
Pilihanku  ^,^