Wednesday, 21 October 2015

Toner

Petik dari en google




Imbang pH Kulit

Kulit wajah kita adalah dalam keadaan berasid secara semulajadi di antara pH5~6. Rata-rata pencuci muka mempunyai sifat beralkali menyebabkan imbangan pH kulit terganggu selepas mencuci wajah. Jadi, kulit muka perlu bekerja lebih masa untuk mengembalikan pH asal dan mungkin membawa kepada masalah minyak berlebihan. Dengan menggunakan toner, proses ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.


Mengecilkan Liang-liang Pori

Toner akan menutup kembali liang-liang pori yang terbuka selepas proses mencuci. Penggunaan toner secara konsisten setiap hari akan memberikan kulit dengan pori yang semakin kecil

Membentuk Lapisan Pelindung Kulit

Toner membantu mengecilkan jurang di antara sel-sel kulit selepas mencuci kulit seterusnya mengurangkan risiko kotoran-kotoran daripada alam sekitar tersumbat di kulit wajah, Ia juga melindungi kulit muka terdedah terus kepada klorin dan mineral lain yang terkandung di dalam air paip


Memberi Kelembapan Kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan pengekal kelembapan kulit bermakna, toner membantu untuk mengekalkan kulit yang lembab.




Jika ditanya tentang cara pemakaian toner yang betul, cara yang terbaik ialah tuangkan dua titis toner di kapas wajah anda dan dab-dabkan di muka. Jangan pula disapu macam pakai krim pulak kerana boleh risikokan jerawat pulak mendatang. Kemudian, sebelum nak pakai apa-apa krim muka hendaklah tunggu sehingga toner yang dipakai tadi benar-benar meresap dalam kulit barulah boleh pakai pelembap.
Pilihanku  ^,^

Thursday, 10 September 2015

Semangatlah!


Abaikan semua yang lain
Apabila lecturer mula sahaja mengajar, hentikan semua perkara lain! Berhenti mencari buku, berhenti menyuruh orang lain diam, berhenti bermain phone dan berhenti membaiki tali kasut! Beri tumpuan 100% kepada penerangan lecturer!


Tahu apa yang akan dipelajari
Sebelum lecturer nula mengajar satu topik, tanye dalam minda anda "topik ini berkenaan apa?" "apa yang penting agaknya dalam topik ini?" "topik ini ada berkaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?" Lebih banyak soalan dalam minda sebelum lecturer bermula, LEBIH BAIK!


Conteng kertas kosong
Semasa lecturer mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang kita tak faham, contengkan di atas kertas kosong. Apa yang faham semasa lecturer mengajar, contengkan juga!


Bayangkan apa yang lecturer sedang ajar.
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang sedang dipelajari, kita akan terbayangkan perkara lain. Menbayangkan perkara selain apa yang diajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal didalam kelas! bayang dapat melihat apa yang diceritakan dan diterangkan oleh lecturer!


Cepat-cepat buat latihan!
Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita ingat! Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau tidak faham, tuliskan soalan di kertas untuk ditanyakan kepada lecturer.


Minta bantuan lecturer setelah mencuba bersungguh-sungguh!
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.



Baca semula apa yang lecturer ajar sebelum 48 jam!
Kajian saintis mengatakan bahawa jika belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari! Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula.


Aku share teknik memori ni sebagai pendorong semangat aku..maklumlah..aku tengah down ni..adelah frust sikit-sikit..jadi aku alirkan ke'frust'tan aku ni melalui share penyelesaian dekat blog ni..jadi semoga bermanfaat!
Selamat belajar dan Selamat berjaya! 

Thursday, 3 September 2015

Puding Laici Susu

Gambar Hiasan

Bahan-bahan

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 2 cawan gula halus (saya kurangkan sebab diabetes, cuma letak 1 cawan)
  • 2 tin laici (dalam tin) – diasingkan airnya
  • 1 tin susu sejat (400 ml)


Gambar Hiasan


Cara-cara

  1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.  Biarkan wap panas hilang sebentar.
  4.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
  5.  Hidangkan dengan buah laici yang telah diasingkan tadi.


Gambar Hiasan



Ok, puding laici ni adalah antara puding yang biasenye adik-adik aku akan request mak aku buat taw! >,<  Bila sekolah adakan apa-apa jamuan, mulalah diorang menbodek mak aku buat puding laici ni..haish! -3- 

Wednesday, 2 September 2015

Puding Karamel

Gambar hiasan


Bahan-bahan

  • 400ml susu cair
  • 5 susu besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 2-3 titikesen vanila
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Gambar hiasan

Cara-cara

  1. masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur kedalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan pelahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 darjah celcius. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sedikit susu kedalam telur tadi. Kacau hingga sebati. Tuang kedalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  6. Bila dah masak, Jangan buka aluminium foil. biarkan selama 5 minit. kemudian boleh dibuka.
  7. Bila sejuk bolehlah simpan dalam peti ais. 

Gambar Hiasan


Ok, ini perkongsian aku hari ini.. ^_^ puding karamel adalah antara faveret aku yang aku biasenya payah nak lepaskan tau! terutamanya bulan Ramadhan..memang mase tu kecur air liurlah! tengok puding karamel yang dijual di bazar..hehe -3-


Monday, 31 August 2015

Puding Marble

Gambar adalah hiasan semata-mata.

BAHAN-BAHAN

10 gm gm serbuk agar2
4 cwn air
2 cwn gula halus
1 tin susu cair
1 cwn tpg kastard
1 sudu teh perisa vannila
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan air suam
(dibancuh dgn serbuk koko)
     




Gambar hiasan.


"Lakukannya sendiri"


 Cara-cara

Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air kedalam periuk.
Masak sehingga mendidih.
Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan kacau sehingga pekat.
Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam satu bahagian
masak sehingga pekat.
Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
Lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi.
Biarkan seketika.
Lapiskan sehingga semua adunan habis.

 
Gambar Hiasan


 Inilah hasilnya~ ^_^
Selamat mencuba semua~ :3