Puding Karamel
|
Gambar hiasan |
Bahan-bahan
- 400ml susu cair
- 5 susu besar gula halus
- 3 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 2-3 titikesen vanila
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
|
Gambar hiasan |
Cara-cara
- masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur kedalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan pelahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 darjah celcius. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas, masukkan sikit demi sedikit susu kedalam telur tadi. Kacau hingga sebati. Tuang kedalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
- Bila dah masak, Jangan buka aluminium foil. biarkan selama 5 minit. kemudian boleh dibuka.
- Bila sejuk bolehlah simpan dalam peti ais.
|
Gambar Hiasan |
Ok, ini perkongsian aku hari ini.. ^_^ puding karamel adalah antara faveret aku yang aku biasenya payah nak lepaskan tau! terutamanya bulan Ramadhan..memang mase tu kecur air liurlah! tengok puding karamel yang dijual di bazar..hehe -3-
nie kes dera nie...sedap puding tu miszpengu!!!!
ReplyDeletesedapnya .. lapaq laa pulok .. haha
ReplyDeleteTerliurnyaaa......
ReplyDeleteEmm....sedapnya
ReplyDelete