Thursday, 10 September 2015

Semangatlah!


Abaikan semua yang lain
Apabila lecturer mula sahaja mengajar, hentikan semua perkara lain! Berhenti mencari buku, berhenti menyuruh orang lain diam, berhenti bermain phone dan berhenti membaiki tali kasut! Beri tumpuan 100% kepada penerangan lecturer!


Tahu apa yang akan dipelajari
Sebelum lecturer nula mengajar satu topik, tanye dalam minda anda "topik ini berkenaan apa?" "apa yang penting agaknya dalam topik ini?" "topik ini ada berkaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?" Lebih banyak soalan dalam minda sebelum lecturer bermula, LEBIH BAIK!


Conteng kertas kosong
Semasa lecturer mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang kita tak faham, contengkan di atas kertas kosong. Apa yang faham semasa lecturer mengajar, contengkan juga!


Bayangkan apa yang lecturer sedang ajar.
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang sedang dipelajari, kita akan terbayangkan perkara lain. Menbayangkan perkara selain apa yang diajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal didalam kelas! bayang dapat melihat apa yang diceritakan dan diterangkan oleh lecturer!


Cepat-cepat buat latihan!
Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita ingat! Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau tidak faham, tuliskan soalan di kertas untuk ditanyakan kepada lecturer.


Minta bantuan lecturer setelah mencuba bersungguh-sungguh!
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.



Baca semula apa yang lecturer ajar sebelum 48 jam!
Kajian saintis mengatakan bahawa jika belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari! Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula.


Aku share teknik memori ni sebagai pendorong semangat aku..maklumlah..aku tengah down ni..adelah frust sikit-sikit..jadi aku alirkan ke'frust'tan aku ni melalui share penyelesaian dekat blog ni..jadi semoga bermanfaat!
Selamat belajar dan Selamat berjaya! 

No comments:

Post a Comment